Pengenalan Program Summer School (SS) PPIMG UMT 2018



PROGRAM SUMMER SCHOOL
PUSAT PENGAJIAN INFORMATIK DAN MATEMATIK GUNAAN,
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pengenalan

Program Summer School (SS) PPIMG dirintis bagi memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya pelajar untuk mengabung jalinkan konsep matematik dan teknologi maklumat yang dipelajari dalam bilik kuliah dengan budaya dan warisan di Malaysia, khususnya di Terengganu.

Adalah menjadi hasrat PPIMG untuk mengetengahkan penggunaan teknologi maklumat bersama dengan penggunaan konsep matematik sebagai pendekatan bagi memahami alam dan kehidupan dengan lebih baik. Gabungan kedua-dua teori ini mampu memberi gambaran kepada masyarakat bahawa teknologi maklumat dan matematik bukan sekadar teori berasaskan nombor serta komputer di bilik kuliah sahaja, tetapi dapat dilihat penggunaannya di alam semulajadi dan kehidupan seharian. Secara tidak langsung, program ini mampu membuka minda masyarakat terutamanya pelajar tentang dekatnya teknologi komputer dan matematik dengan kehidupan seharian mereka.

Comments